Syahdunya seorang Ibu
Herm.. Kelahiran Aidan Zafran memang betul2 bagi aku satu pengalaman yang indah, pengalaman yang aku raser aku taknak lupe same gakz cam pengalaman mase aku lahirkan Mariam Nafeesa.. Sebenarnye, kalau diikutkan melahirkan Mariam Nafeesa memang aku diberi kemudahan dan kesenangan, sakit yang tak lame walaupun diinduce, pagi masuk ward tengahari induce, 2.30 petang air ketuban pecah..5.30 dah pun bersalin.
.
Melahirkan Aidan plak, of course lah tak sakit langsung sebab dibedah, tapi aku dapat bertenang menunggu baby keluar sambil mataku tak lekang memandang suami yang tercinta, walaupun mase tuh kami tak berbual pun, hubby aku pun tak terkata apa-apa cuma mata die pun tak lekang memandang aku (takkan nak nengok perut aku yang dah terburai dikerjakan doktor kut!) yang dengar pun Doktor sesama doktor duk berceloteh pasal isu-isu pesakit dierang.
.
Ini aku nak cerita pasal perasaan yang sukar aku gambarkan, hanya sebak, sayu dan pilu, sekejap aku rasa bangga, dikurniakan Tuhan sepasang cahaya mata, aku kini rasa yang kami tiada kekurangan. Ada puteri dan ada seorang putera.
.
Jumaat hari tuh buat kali keduanya, kami buat majlis cukur jambul lagi, kali ni untuk Putera kami Mohammad Aidan Zafran, aku diberi ruang untuk duduk di bahagian depan sekali dalam barisan perempuan. Majlis kami ni memanglah istimewa. Bukan buat marhaban yang dianggotai kumpulan perempuan sahaja, berendoi bagai buai dihias seperti menyambut pengantin kecil tapi majlis Aidan ni seperti gakz majlis Mariam dulu, dipanggil tahnid.
.
Acara dimulakan dengan bacaan Al-quran oleh ustaz yang dijemput (aku tau nama ustaz tuh tapi tak tau nak eja camna), kemudiannya diazankan di sebelah kanan dan kiri telinga Aidan.. dan ditambah pula dengan suasana hening walaupun tetamu memang ramai iaitu kariah dari 2 surau, tapi disebabkan kesyahduan ustaz mengalunkan bacaan Al-Quran dan azan tersebut aku tibe-tibe jadi syahdu, aku cakap kat dalam hati.. Oh! itu lah anakku, puteraku. Nafas aku pun tersekat dan sebak.
.
Waktu tu jugak aku ingat gambar bayi kecik yang dibuang atas rumput, dalam tongsampah yang jadi topik hangat suratkhabar kebelakangan ni.. Kesian anak2 tu sebab taksempat mendengar alunan ayat2 suci diperdengarkan di telinga mereka, uihkz mana tak syahdu...
.
Kemudiannya ustaz ni pun amik beberapa biji kurma yang dicairkan dengan air zam zam kemudiannya diletakkkan dihujung jari untuk dimasukkan ke dalam mulut Aidan..dah habis upacara tuh, dibacakan doa dan kemudiannya disusuli plak dengan acara memotong jambul oleh ustaz2 yang turut serta dalam majlis itu. Kemudiannya barulah mereka bermarhaban seisi rumah dengan tetamu yang hadir...
.
Sungguh indah perasaan aku pada malam tu, selesailah sudah tanggungjawab kami yang ketiga seumur Aidan pada usia ke 20 hari. Tanggung jawab pertama melahirkan, menjaga dan menyusukan, dan memperdengarkan bacaan Al-Quran dan azan. Kelahiran Aidan ini juga sentiasa mengingatkan aku betapa rapuhnya nyawa kita yang dipegang oleh yang Maha Esa. Bila-bila masa sahaja nyawa kite boleh diambil kembali kepadaNya. Kenapa? Dah tau ceriternyer kan..?? Bacalah Entry kat bawah ni...
.
.
Klik Gambar Majlis Cukur Jambul Mohammad Aidan Zafran
.
.


waaawiiii... syahdu nye aku baca cite ko nih. aku lak dah lama takde time nak mem blog. errmmm.. nice to meet aidan. how lucky you are. ada husband that really love and care about you. ada puteri yang comel and ada putera yang bakal menjaga keluarga. grats! life getting perfect ya'!
nothing to say, cant even think a single words pun. errmmm hope aidan suka prezen yang auntie bawak tu ek.
take care all!
Posted by: cik na | May 10, 2007 05:18 AM